



Untuk tengok lagi gambar2 di tempat kejadian,gelagat2 pengungjung dan beberapa artis yang sempat aku 'tembak'dalam bentuk music slideshow, sila click sini.
Cita-citaku ingin menjadi 'pilot' backhoe,itulah kata-kata adik ini..hehehe bunyi macam kelakar tapi sekurang-kurangnya dia mempunyai impian dan cita-cita ketika diusia yang terlalu muda yang masih mencari erti sebuah kehidupan.Kita yang dewasa ni macamana?apa peranan kita bagi merealisasikan impian adik ini disaat kita sendiri masih lagi terkial-kial mengejar cita-cita yang pernah kita ungkap diwaktu kita seusia adik ini?Nukilan ini sekadar memberi kesedaran kepada diriku dan kita semua akan tanggungjawab kita kepada sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan kepada kita,tanggungjawab itu amanah dan amanah amat berat untuk dipikul.Walaupun berat,ia harus dilaksanakan sebaik mungkin walaupun caranya tidak disenangi oleh orang lain. Renung-renungkan dan selamat beramal..





Akaun Bank Islam: 02048 010013676
RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI
Akaun BSN: 02100 4100000162 2 RUMAH YAKIN AL-WADI

Antara motosikal milik ahli kelab K2 Bikerz.
Waktu berbuka dah masuk,baca doa dulu...sabar...sabar...
Antara juadah yang menjadi santapan kami pada malam tersebut,ikan 3 rasa,sayur kailan ikan masin,tomyam campur dan daging masak merah,pehhhh memang menyelerakan.
Punya lah sedap sampaikan abg Remy kita setelkan tomyam sehingga ke titisan terakhir.Inilah antara beberapa gelagat kawan-kawan berbuka,macam 10 hari puasa tanpa berbuka.
Lebih kurang jam 8pm majlis selesai,kami beredar untuk menunaikan solat maghrib.Sekali-sekala dapat berbuka bersama dengan kawan-kawan ni seronok jugak.Aku pun bertolak ke Baling kerana keesokan harinya aku ada program bersama anak-anak Yatim Al-Wadi di Kupang Baling anjuran FMDC(next entry).Untuk majlis ini,terima kasih diucapkan kepada K2 Bikerz kerana sudi menjemput aku& keluarga berbuka bersama-sama.
Seorang pengunjung sedang mencuba baju melayu. Aku pun tak begitu faham sangat apa yang dimaksudkan dengan baju pasang siang/malam,pelik gak bunyinya tp yang aku tau baju melayu la.
Bagi yang berminat nak pakai capal raya ni,pun ada dijual kat sini dengan harga RM12 sepasang,memang padan la kalu dipakai bersama baju melayu.Sembahyang raya pagi-pagi,pastu orang 'rembat' capal kat masjid,hua hua hua..pulang dengan penuh kekecewaan la.
Tudung pun ada dijual kat sini,macam2 jenis ada,pilih saja kak oi..kami dapati pengunjung dekat bazar ni tak lah ramai sangat,mungkin masih terlalu awal kot.Biasalah orang melayu kan suka buat persiapan last minute. Mengikut seorang peniaga kat sini,minggu terkahir baru berkoyan-koyan orang datang shopping,waktu sekarang ni macam ni lah,jarang-jarang..Kami bergerak ke lokasi yang kedua plak.
Lokasi kedua ialah di sebuah ekspo beli-belah sempena Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama lagini,bertempat di Bandar Perda berdepan dengan bangunan TNB.Kali ini bilangan pengunjung lebih ramai dan pilihan pun banyak,mungkin juga disebabkan lokasinya berhampiran dengan penempatan awam.Kakak jual tudung ni dok control ayu la plak waktu aku dok teropong dia.
Haa syoknya dapat kopiah baru,time raya ni budak-budakla yang paling gumbira sekali walaupun diorang ni puasa 'yang-yuk'.Teringat waktu budak2 dulu,time ni la nak ketuk mak pak kita.Sekarang ni bila dah jadi bapa,baru tau macamana rasanya diketuk time2 mcmni tp nasibla anak aku baru nak masuk 1thn 19/9 ni,hahaha selamat la buat masa sekarang ni,thn depan siapla aku dan tahun2 yang akan dtg,kalu ada rezeki..
Kerepek pun ada dijual,adik ni dok lepak ja,tak laku ka??takpa,awal lagi..
Ni apa pesen ni?ni mesti merajuk sebab tak dapat kasut yang dia nak.Tak pun adik ni lenguh kaki dok ikut buntut mak dia yang tengah terbeliak biji mata nengok barang2 kat sini yang pelbagai dengan harga yang murah,so kawan2 ambillah peluang untuk melawat ekspo ni..Tepat jam 4pm,kami pun berangkat,sempat gak aku sambar tilam kekabu buat anak aku nak bergolek-golek,murah...Selamat menyambut hari lebaran!!

Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian pengunjung untuk membeli barangan mereka,memang aku tertarik pun,hehehe...
Keadaan didalam penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung untuk merebut peluang promosi murah sempena hari terakhir PC Fair kali ini.
Seorang pengunjung berehat selepas penat membeli-belah agaknya. Tepat jam 4pm kami pun beredar kerana azmean ada janji temu dgn kawan dia,aku plak turun kebawah nak cari mouse yang murah2 untuk laptop aku.
Peragut bermotosikal cuba merampas beg sandang mangsa yang baru sahaja meletakkan kenderaannya berhadapan dengan Padang Pemuda Butterworth.
Mangsa cuba bertindak untuk mempertahankan diri bagi mengelak dari beg sandangnya dirampas oleh peragut itu.
Namun peragut bertindak lebih ganas dengan memukul mangsa sambil dibantu oleh rakannya.
Akibat dari tindakan ganas dua orang peragut tersebut mangsa rebah dengan mengalami kecederaan di kepala. Mangsa dibantu oleh seorang orang awam berbangsa cina yang kebetulan lalu di situ.
Dengan bantuan orang awan tersebut,skuad motosikal khas PDRM berjaya memburu dan menahan dua suspek sambil dibantu oleh unit peronda Polis. Kedua-dua suspek telah dibawa ke balai polis Butterworth untuk siasatan lanjut sementara mangsa ragut telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.