Thursday, September 17, 2009

Berbuka Bersama K2 Bikerz

Pada 12/9/09 di minggu terakhir Ramadhan,aku berpeluang berbuka bersama dengan K2 Bikerz Club. Bertempat di Bangkok Station Taman Pauh Indah.Lebih kurang 20 ahli kelab ini sahaja yang berjaya join aktiviti berbuka pada tahun ini.
Antara motosikal milik ahli kelab K2 Bikerz.
Waktu berbuka dah masuk,baca doa dulu...sabar...sabar...
Antara juadah yang menjadi santapan kami pada malam tersebut,ikan 3 rasa,sayur kailan ikan masin,tomyam campur dan daging masak merah,pehhhh memang menyelerakan.
Punya lah sedap sampaikan abg Remy kita setelkan tomyam sehingga ke titisan terakhir.Inilah antara beberapa gelagat kawan-kawan berbuka,macam 10 hari puasa tanpa berbuka.
Lebih kurang jam 8pm majlis selesai,kami beredar untuk menunaikan solat maghrib.Sekali-sekala dapat berbuka bersama dengan kawan-kawan ni seronok jugak.Aku pun bertolak ke Baling kerana keesokan harinya aku ada program bersama anak-anak Yatim Al-Wadi di Kupang Baling anjuran FMDC(next entry).Untuk majlis ini,terima kasih diucapkan kepada K2 Bikerz kerana sudi menjemput aku& keluarga berbuka bersama-sama.

No comments:

Post a Comment