Saturday, October 17, 2009

Aku ingin jadi pilot..

Cita-citaku ingin menjadi 'pilot' backhoe,itulah kata-kata adik ini..hehehe bunyi macam kelakar tapi sekurang-kurangnya dia mempunyai impian dan cita-cita ketika diusia yang terlalu muda yang masih mencari erti sebuah kehidupan.Kita yang dewasa ni macamana?apa peranan kita bagi merealisasikan impian adik ini disaat kita sendiri masih lagi terkial-kial mengejar cita-cita yang pernah kita ungkap diwaktu kita seusia adik ini?Nukilan ini sekadar memberi kesedaran kepada diriku dan kita semua akan tanggungjawab kita kepada sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan kepada kita,tanggungjawab itu amanah dan amanah amat berat untuk dipikul.Walaupun berat,ia harus dilaksanakan sebaik mungkin walaupun caranya tidak disenangi oleh orang lain. Renung-renungkan dan selamat beramal..



Dan.....inilah anugerah paling berharga dari Illahi buat diriku, dan....inilah tanggungjawab dan amanah yang harus kupikul...


No comments:

Post a Comment