Tuesday, October 6, 2009

Rumah Yatim Al-Wadi









Seminggu sebelum raya pada tahun ni berpeluang aku berbuka bersama dengan anak-anak yatim disini,alhamdulillah aku diberi peluang oleh Dia untuk aku menyelami isi hati anak-anak yang bertuah ini,walaupun tidak bernasib baik seperti kita semua yang ibubapa masih lagi disisi,namun mereka tetap jua menampilkan wajah yang gembira dengan kehadiran kami.Tetapi jika kita merenung jauh kedalam mata anak-anak yatim ini,kita dapat melihat akan kesunyian dan dahaganya seorang anak akan kasih sayang dan belaian ibu dan bapa.Menitis air mataku mengenangkan nasib anak-anak ini dan aku merasa bertuahnya diri ini kerana masih mempunyai ibubapa yang masih lagi sihat.Apa yang diperlukan oleh anak-anak ini hanyalah perhatian dari kita,walaupun sekadar menjenguk mereka itu sudah memadai,jika kita dikurniakan rezeki yang lebih,apa salahnya kita berkongsi dengan anak-anak ini untuk membantu mereka dalam menjalani kehidupan yang mendatang.Terima kasih kepada FMDC diatas penganjuran program yang mulia ini,juga kepada pihak pengurusan Al-Wadi kerana sudi menerima kehadiran rombongan kami.Pelbagai sumbangan dihulurkan,mesin basuh,wang tunai,makanan yang sedap dibawa khas oleh katering dari Bertam,minuman & ais krim sumbangan HPA dan banyak lagi sumbangan dari individu dan badan NGO.Semoga program sebegini bukan hanya pada bulan puasa sahaja tetapi berterusan sepanjang masa.Bagi yang nak menderma atau ingin mengadakan program disini,sila hubungi alamat di bawah.

Daud Rahman(penyelia)
019-634 4443
013-400 1001
04-472 4895

Akaun Bank Islam: 02048 010013676

RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI

Akaun BSN: 02100 4100000162 2 RUMAH YAKIN AL-WADI


No comments:

Post a Comment