Tuesday, January 12, 2010

Street Shoot Part II

Boring-boring tak buat apa dekat rumah,keluarlah outing..mula2 nak join Azmean shoot dekat perkampungan Cina terapung dekat jeti feri penang,tetapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan maka aku pun buat lah street shoot sorang2 dekat padang kota. Selepas dapat panggilan telefon dari Azmean,aku pun joinlah dia buat street shoot pulak di sekitar Komtar.
Pelancong dari China mengambil gambar di Kota Corn Wallis.

Seorang pekerja di sebuah kedai basikal sedang memasang basikal kanak-kanak.

Seorang peminta sedekah menunggu ikhsan dari orang awam yang lalu lalang di atas jejambat berdekatan dengan Komtar.

Seorang tukang kasut membaiki kasut pelanggannya berhampiran jejambat Komtar.


Keowteow kerang..hmmmm....

Seorang warga tua berketurunan Cina meyalakan api rokoknya.