Friday, January 21, 2011

Penang Thaipusam 2011













The Making of Labu Sayong

Bertempat di Kg. Kepala Bendang , Sayong Kuala Kangsar, Perak, aku Azmean Aziz dan Rasdie berkesempatan menyaksikan pembuatan Labu Sayong secara tradisional dan moden. Tempat pertama persinggahan kami adalah Win Kraf, En. Win selaku pemilik telah menerangkan serba sedikit tentang teknik pembuatan labu sayong menggunakan acuan. Menggunakan acuan agak lebih mudah dan cepat berbanding dgn cara tradisional.

Tanah dicampur bersama Sodium sejenis bahan kimia.

Tanah yang bercampur sepenuhnya akan dimasukkan ke dalam acuan yang telah tersedia.

Beginilah keadaan tanah yang telah kering dan membentuk labu sayong.

Labu sayong kemudiannya dibaiki bentuknya supaya kelihatan lebih cantik. Dahulu batu sungai digunakan dalam proses ini tetapi sekarang sudu dan pemetik api juga boleh digunakan.



Akhir sekali, labu sayong dihias dengan mengecat dan melakarkan motif bunga ataupun daun, kaedah 'stamping' digunakan untuk meng hasilkan motif-motif bunga pada permukaan labu sayong.

Berbeza dengan kaedah tradisional atau dipanggil teknik 'throwing' , Cik Marjenah satu-satunya pengusaha di kampung ini yang masih mengekalkan kaedah tradisional ini secara turun temurun. Tanah pada mulanya diuli dan ditumbuk halus-halus. Kemudian labu sayong itu dibentuk dengan teliti mengikut kekreatifan Cik Marjenah itu sendiri.




Sungguh menakjubkan apabila melihat Cik Marjenah secara bersahaja membentuk labu-labu sayong sambil rancak berbual dengan kami menceritakan pengalamannya dalam industri ini. Ternyata beliau sangat peramah dan tidak lokek untuk menceritakan pengalaman beliau.
Beginilah rupanya labu sayong yang telah siap sepenuhnya selepas dibakar dan ditimbus didalam sekam.

Terima kasih buat En. Win dan Cik Marjenah kerana sudi meluangkan masa mereka menerangkan secara detail tentang pembuatan labu sayong mengikut kaedah masing-masing dan juga sudi berkongsi pengalaman dengan kami. Terima kasih juga buat Zulfa (member azmean) kerana mengaturkan segalanya dan belanja kami makan laksa.

WIN KRAF Labu Sayong
En Win 012-5615581