Monday, August 31, 2009

PC Fair at PISA

Pada PC fair yang baru-baru ni,aku ajak azmean untuk shoot. Seperti yang dijanjikan tepat 3.30pm kami berjumpa di pintu belakang PISA,aduh susah juga nak cari parking,nasibla azmean datang dengan moto,aku naik kereta memangla susah nak cari ruang.Tujuan kami adalah nak melihat sejauh mana kesedaran rakyat di negeri penang ini 'alert' dengan wabak influenza A atau H1N1 yang menular dengan rakus sehingga mengorbankan lebih dari 50 orang.Selain daripada itu,kami nak tengok sejauh mana kemelesetan ekonomi dunia memberi kesan kepada PC Fair ini, kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat aku upload buat tatapan pelawat-pelawat blog aku ni.

Dalam pemerhatian aku,kesedaran rakyat disini nampaknya sangat rendah,aku boleh jangkakan dalam 20% atau mungkin kurang lagi tahap kesedaran pengunjung PC Fair ini terhadap wabak maut yang menyerang negara kita. Kebanyakannya tidak memakai 'facemask' ataupun sapu tangan,namun pihak penganjur telah memberi sedikit cecair sebagai pencuci tangan secara percuma di pintu masuk.Kalau tengok dari segi kemelesetan ekonomi plak,nampaknya tidak langsung memberi kesan apa-apa,masih ramai pengunjung disini sampai kami nak berjalan pun berlaga bahu,memang cukup ramai seolah-olah dunia tidak mengalami sebarang kemelesetan ekonomi pun.
Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian pengunjung untuk membeli barangan mereka,memang aku tertarik pun,hehehe...
Keadaan didalam penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung untuk merebut peluang promosi murah sempena hari terakhir PC Fair kali ini.
Seorang pengunjung berehat selepas penat membeli-belah agaknya. Tepat jam 4pm kami pun beredar kerana azmean ada janji temu dgn kawan dia,aku plak turun kebawah nak cari mouse yang murah2 untuk laptop aku.

No comments:

Post a Comment