Friday, November 23, 2012

MTB USM Open Challenge 2012 - ASTRA Penang Marshall


Pihak ASTRA Komuniti Pulau Pinang dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur untuk menjadi Marshall bagi membantu dari segi komunikasi disetiap check-point dan base control. Sebanyak 20 stesyen dan rakan-rakan swal turut terlibat menjayakan aktiviti ini..bermula sebelum kejohanan lagi dimana kami membuat signal-checking di laluan MTB challenge tersebut..






Alhamdulillah di hari kejohanan petugas-petugas Marshall menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang sekali dan mendapat pujian dari pihak penganjur dan pihak medik. Tahniah buat semua stesyen yang terlibat, semoga kita teruskan kecemerlangan ini di program-program yang lain dalam membantu masyarakat sekeliling...73

Thursday, November 8, 2012

AA dah siap...

Alhamdulillah...yang dinanti sudah dapat..sekarang ni selamat sikit lah untuk bermobile kemana2 sahaja bersama handy dan mobile rig tanpa perlu risau disaman oleh SKMM..baru-baru ni dapat info daripada rakan-rakan ham ada kelab kereta yang menggunakan radio tanpa lesen disaman sebanyak RM10k, wauuu banyak tu, boleh beli 10biji rig, jadi nasihat buat rakan-rakan yang masih belum memiliki lesen, ambiklah RAE(radio amateur exam) dan mohonlah lesen jika lulus..QRU 73..