Sunday, November 22, 2009

Pulau Aman Photo Documentation

21 Nov 2009, aku dan 5 lagi photographer berkesempatan ke Pulau Aman untuk membuat photo documentation pembuatan belacan pulau aman serta aktiviti yang berlaku di sini. Tetapi kami kurang bernasib baik kerana belacan tak dapat diproses hari ni kerana hujan turun sejak pagi tadi. Jadi,kami tak dpt lah nak shoot proses pembuatan belacan tu. Kami pun membuat keputusan untuk merakamkan segala aktiviti yang terdapt di Pulau Aman ni,so kami pun menapaklah beramai2 ronda2 di sekitar pulau ini. Waktu tengahari kami berkesempatan untuk menjamu selera di restoran terapung yang sering disebut2 oleh pengunjung2 disini.Kami menaiki bot tambang(RM6 utk 2 hala) dari jeti batu kawan jam 11am dan tiba di jeti pulau aman lebih kurang 15min kemudian. Kami bertolak pulang dgn menaiki bot tambang yg sama lebih kurang jam 5.30pm.

Klik gambar dibawah:

Photo Documentation-Pulau Aman

Friday, November 20, 2009

K2 Bikerz - Trip to Pos Slim

Pada 14 November 2009, aku sekali lagi dapat bersama dengan K2 Bikerz,sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi yang berpusat di Penang berkonvoi ke Cameron Highland.Sebanyak 7 orang ahli menyertai konvoi ini.Kami berkumpul di R&R Juru seawal jam 8am dan kami bertolak lebih kurang jam 9.30am. Kami tiba di destinasi lebih kurang jam 12tghari,lepak sampai jam 3pm dan kami bertolak pulang. Kami terpaksa mengharungi hujan yang sangat lebat bermula dari Alor Pongsu kalau tak silap sehinggalah ke Juru.Kami hanya mampu menunggang dengan kelajuan sekitar 40km/j sahaja kerana jarak pemandangan adalah kurang dari 100m,cukup lebat. Kami berteduh di Shell Juru dan bertolak pulang ke rumah masing2 lebih kurang jam 7.30pm.

Klik gambar di bawah untuk lihat lebih banyak gambar lagi:

K2Bikerz-trip to Pos Slim 141109

Sunday, November 15, 2009

Penang Bird Park-2nd Visit

Weekend kali ni aku bersama anak,isteri & adik ipar aku ke Taman Burung Penang. Sebelum ni aku pernah datang sini dgn geng2 photog,lama dah,waktu tu aku guna Nikon D40 lagi.Sambil2 bawak anak aku tgk burung,sempat juga aku shoot burung2 yg ada dkt sini.Tiket masuk RM15(dewasa).
Klik gambar dibawah:

Penang Bird Park Visit

Weekend activities @ Padang Kota

Boring-boring di hujung minggu sempat juga aku bawak anak dan isteri ke Padang Kota,lama juga aku tak kesini.Sambil-sambil bawa anak bini berjalan-jalan boleh gak aku tinjau aktiviti-aktiviti yang berlaku disini pada cuti hujung minggu ni.

Klik gambar dibawah untuk lihat lagi..

pdgkota