Sunday, October 25, 2009

Jom Heboh

Cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti bersama isteri dan anak tersayang di Jom Heboh Stadium Bt Kawan Penang.Sampai dalam jam 1 pm, cuaca agak panas kerana pokok-pokok kawasan di sekitar stadium ini masih kecil,jadi tak dapatlah nak mewujudkan suasana yg redup buat pengunjung2 . Apa boleh buat,redah jerlah tp tak boleh lama coz anak tak tahan dgn panas.Pengunjung tidaklah ramai mungkin sebab masih terlalu awal lg.

Click gambar di bawah:

jomheboh


Untuk tengok lagi gambar2 di tempat kejadian,gelagat2 pengungjung dan beberapa artis yang sempat aku 'tembak'dalam bentuk music slideshow, sila click sini.

Saturday, October 17, 2009

Aku ingin jadi pilot..

Cita-citaku ingin menjadi 'pilot' backhoe,itulah kata-kata adik ini..hehehe bunyi macam kelakar tapi sekurang-kurangnya dia mempunyai impian dan cita-cita ketika diusia yang terlalu muda yang masih mencari erti sebuah kehidupan.Kita yang dewasa ni macamana?apa peranan kita bagi merealisasikan impian adik ini disaat kita sendiri masih lagi terkial-kial mengejar cita-cita yang pernah kita ungkap diwaktu kita seusia adik ini?Nukilan ini sekadar memberi kesedaran kepada diriku dan kita semua akan tanggungjawab kita kepada sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan kepada kita,tanggungjawab itu amanah dan amanah amat berat untuk dipikul.Walaupun berat,ia harus dilaksanakan sebaik mungkin walaupun caranya tidak disenangi oleh orang lain. Renung-renungkan dan selamat beramal..



Dan.....inilah anugerah paling berharga dari Illahi buat diriku, dan....inilah tanggungjawab dan amanah yang harus kupikul...


Sunday, October 11, 2009

Tan Sri Isa Menang





Mohd Isa Samad 8,013
Zulkefly Mohd Omar 2,578
Majoriti 5, 435

Maklumat diperolehi dari Berita Harian Online dan Perakexpress serta rakan-rakan di Bagan Pinang N.Sembilan.

Tuesday, October 6, 2009

Rumah Yatim Al-Wadi









Seminggu sebelum raya pada tahun ni berpeluang aku berbuka bersama dengan anak-anak yatim disini,alhamdulillah aku diberi peluang oleh Dia untuk aku menyelami isi hati anak-anak yang bertuah ini,walaupun tidak bernasib baik seperti kita semua yang ibubapa masih lagi disisi,namun mereka tetap jua menampilkan wajah yang gembira dengan kehadiran kami.Tetapi jika kita merenung jauh kedalam mata anak-anak yatim ini,kita dapat melihat akan kesunyian dan dahaganya seorang anak akan kasih sayang dan belaian ibu dan bapa.Menitis air mataku mengenangkan nasib anak-anak ini dan aku merasa bertuahnya diri ini kerana masih mempunyai ibubapa yang masih lagi sihat.Apa yang diperlukan oleh anak-anak ini hanyalah perhatian dari kita,walaupun sekadar menjenguk mereka itu sudah memadai,jika kita dikurniakan rezeki yang lebih,apa salahnya kita berkongsi dengan anak-anak ini untuk membantu mereka dalam menjalani kehidupan yang mendatang.Terima kasih kepada FMDC diatas penganjuran program yang mulia ini,juga kepada pihak pengurusan Al-Wadi kerana sudi menerima kehadiran rombongan kami.Pelbagai sumbangan dihulurkan,mesin basuh,wang tunai,makanan yang sedap dibawa khas oleh katering dari Bertam,minuman & ais krim sumbangan HPA dan banyak lagi sumbangan dari individu dan badan NGO.Semoga program sebegini bukan hanya pada bulan puasa sahaja tetapi berterusan sepanjang masa.Bagi yang nak menderma atau ingin mengadakan program disini,sila hubungi alamat di bawah.

Daud Rahman(penyelia)
019-634 4443
013-400 1001
04-472 4895

Akaun Bank Islam: 02048 010013676

RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI

Akaun BSN: 02100 4100000162 2 RUMAH YAKIN AL-WADI