Friday, November 23, 2012

MTB USM Open Challenge 2012 - ASTRA Penang Marshall


Pihak ASTRA Komuniti Pulau Pinang dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur untuk menjadi Marshall bagi membantu dari segi komunikasi disetiap check-point dan base control. Sebanyak 20 stesyen dan rakan-rakan swal turut terlibat menjayakan aktiviti ini..bermula sebelum kejohanan lagi dimana kami membuat signal-checking di laluan MTB challenge tersebut..






Alhamdulillah di hari kejohanan petugas-petugas Marshall menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang sekali dan mendapat pujian dari pihak penganjur dan pihak medik. Tahniah buat semua stesyen yang terlibat, semoga kita teruskan kecemerlangan ini di program-program yang lain dalam membantu masyarakat sekeliling...73

Thursday, November 8, 2012

AA dah siap...

Alhamdulillah...yang dinanti sudah dapat..sekarang ni selamat sikit lah untuk bermobile kemana2 sahaja bersama handy dan mobile rig tanpa perlu risau disaman oleh SKMM..baru-baru ni dapat info daripada rakan-rakan ham ada kelab kereta yang menggunakan radio tanpa lesen disaman sebanyak RM10k, wauuu banyak tu, boleh beli 10biji rig, jadi nasihat buat rakan-rakan yang masih belum memiliki lesen, ambiklah RAE(radio amateur exam) dan mohonlah lesen jika lulus..QRU 73..

Tuesday, August 28, 2012

Result RAE













Alhamdulillah aku PASS dalam RAE2012 siri 1 pada 27 Jun lepas...tengah menunggu surat rasmi dari SKMM, lepas tu boleh lah register callsign 9W2HUL...hehehe..boleh lah QSO di repeater trans atau local...

Friday, March 30, 2012

Radio Amatur Malaysia (ASTRA)

Baru memulakan hobi yang baru setelah diracun oleh sahabat-sahabat.. masih lagi baru dalam hobi ni, masih lagi sedang menelaah nota-nota yang diberi dan insyallah akan menduduki RAE pada Jun nanti.. cadangan call sign saya nanti ialah 9W2HUL, sekarang menggunakan SWAL-HUL dulu,base station di Sg Ara Penang, lokalan V34.... nama penuh Muhammad Fahmi Abdul Hamid...

Tuesday, August 23, 2011

penubuhan MCP

dah lama tak menjenguk blog aku ni dan upload hasil2 kerja aku, bnyk telah diupload di dalam facebook...seperkara lg, Alhamdulillah penubuhan sebuah syarikat di atas nama aku & dikongsi bersama seorang sahabat yg pernah bekerja dgn Tv3 suatu tika dulu telah berjaya didaftarkan dgn SSM, telah didaftarkan atas nama Motion Creative Production (MCP), melalui MCP kami menyediakan khidmat videografi HDSLR utk majlis2 perkahwinan,koprat,pre-wed,event dll. Selain itu khidmat fotografi juga disediakan. Kami yakin dgn pengalaman yg kami ada, kami mampu memberikan yg terbaik bt pelanggan2... website kami www.motioncreativepro.com masih dlm pembikinan, bleh Like fan page facebook kami facebook/motioncreativeproduction..