
Sunday, September 27, 2009
Thursday, September 17, 2009
Berbuka Bersama K2 Bikerz
Pada 12/9/09 di minggu terakhir Ramadhan,aku berpeluang berbuka bersama dengan K2 Bikerz Club. Bertempat di Bangkok Station Taman Pauh Indah.Lebih kurang 20 ahli kelab ini sahaja yang berjaya join aktiviti berbuka pada tahun ini.
Antara motosikal milik ahli kelab K2 Bikerz.
Waktu berbuka dah masuk,baca doa dulu...sabar...sabar...
Antara juadah yang menjadi santapan kami pada malam tersebut,ikan 3 rasa,sayur kailan ikan masin,tomyam campur dan daging masak merah,pehhhh memang menyelerakan.
Punya lah sedap sampaikan abg Remy kita setelkan tomyam sehingga ke titisan terakhir.Inilah antara beberapa gelagat kawan-kawan berbuka,macam 10 hari puasa tanpa berbuka.
Lebih kurang jam 8pm majlis selesai,kami beredar untuk menunaikan solat maghrib.Sekali-sekala dapat berbuka bersama dengan kawan-kawan ni seronok jugak.Aku pun bertolak ke Baling kerana keesokan harinya aku ada program bersama anak-anak Yatim Al-Wadi di Kupang Baling anjuran FMDC(next entry).Untuk majlis ini,terima kasih diucapkan kepada K2 Bikerz kerana sudi menjemput aku& keluarga berbuka bersama-sama.

Antara motosikal milik ahli kelab K2 Bikerz.
Waktu berbuka dah masuk,baca doa dulu...sabar...sabar...
Antara juadah yang menjadi santapan kami pada malam tersebut,ikan 3 rasa,sayur kailan ikan masin,tomyam campur dan daging masak merah,pehhhh memang menyelerakan.
Punya lah sedap sampaikan abg Remy kita setelkan tomyam sehingga ke titisan terakhir.Inilah antara beberapa gelagat kawan-kawan berbuka,macam 10 hari puasa tanpa berbuka.
Lebih kurang jam 8pm majlis selesai,kami beredar untuk menunaikan solat maghrib.Sekali-sekala dapat berbuka bersama dengan kawan-kawan ni seronok jugak.Aku pun bertolak ke Baling kerana keesokan harinya aku ada program bersama anak-anak Yatim Al-Wadi di Kupang Baling anjuran FMDC(next entry).Untuk majlis ini,terima kasih diucapkan kepada K2 Bikerz kerana sudi menjemput aku& keluarga berbuka bersama-sama.Tuesday, September 8, 2009
Pre-shopping Raya
Pada 6 Sept,aku bersama dengan Mizan seorang pendatang terbaru dalam dunia fotografi meninjau dilokasi-lokasi yang dipercayai menjadi tumpuan umat Islam membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri yang hampir tiba. Lokasi pertama kami di pekan Bkt Mertajam. Bangsal-bangsal yang didirikan ditepi jalan sepanjang lebih kurang 500m menyediakan keperluan yang cukup buat pengunjung.
Seorang pengunjung sedang mencuba baju melayu. Aku pun tak begitu faham sangat apa yang dimaksudkan dengan baju pasang siang/malam,pelik gak bunyinya tp yang aku tau baju melayu la.
Bagi yang berminat nak pakai capal raya ni,pun ada dijual kat sini dengan harga RM12 sepasang,memang padan la kalu dipakai bersama baju melayu.Sembahyang raya pagi-pagi,pastu orang 'rembat' capal kat masjid,hua hua hua..pulang dengan penuh kekecewaan la.
Tudung pun ada dijual kat sini,macam2 jenis ada,pilih saja kak oi..kami dapati pengunjung dekat bazar ni tak lah ramai sangat,mungkin masih terlalu awal kot.Biasalah orang melayu kan suka buat persiapan last minute. Mengikut seorang peniaga kat sini,minggu terkahir baru berkoyan-koyan orang datang shopping,waktu sekarang ni macam ni lah,jarang-jarang..Kami bergerak ke lokasi yang kedua plak.
Lokasi kedua ialah di sebuah ekspo beli-belah sempena Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama lagini,bertempat di Bandar Perda berdepan dengan bangunan TNB.Kali ini bilangan pengunjung lebih ramai dan pilihan pun banyak,mungkin juga disebabkan lokasinya berhampiran dengan penempatan awam.Kakak jual tudung ni dok control ayu la plak waktu aku dok teropong dia.
Haa syoknya dapat kopiah baru,time raya ni budak-budakla yang paling gumbira sekali walaupun diorang ni puasa 'yang-yuk'.Teringat waktu budak2 dulu,time ni la nak ketuk mak pak kita.Sekarang ni bila dah jadi bapa,baru tau macamana rasanya diketuk time2 mcmni tp nasibla anak aku baru nak masuk 1thn 19/9 ni,hahaha selamat la buat masa sekarang ni,thn depan siapla aku dan tahun2 yang akan dtg,kalu ada rezeki..
Kerepek pun ada dijual,adik ni dok lepak ja,tak laku ka??takpa,awal lagi..
Ni apa pesen ni?ni mesti merajuk sebab tak dapat kasut yang dia nak.Tak pun adik ni lenguh kaki dok ikut buntut mak dia yang tengah terbeliak biji mata nengok barang2 kat sini yang pelbagai dengan harga yang murah,so kawan2 ambillah peluang untuk melawat ekspo ni..Tepat jam 4pm,kami pun berangkat,sempat gak aku sambar tilam kekabu buat anak aku nak bergolek-golek,murah...Selamat menyambut hari lebaran!!Monday, August 31, 2009
PC Fair at PISA
Pada PC fair yang baru-baru ni,aku ajak azmean untuk shoot. Seperti yang dijanjikan tepat 3.30pm kami berjumpa di pintu belakang PISA,aduh susah juga nak cari parking,nasibla azmean datang dengan moto,aku naik kereta memangla susah nak cari ruang.Tujuan kami adalah nak melihat sejauh mana kesedaran rakyat di negeri penang ini 'alert' dengan wabak influenza A atau H1N1 yang menular dengan rakus sehingga mengorbankan lebih dari 50 orang.Selain daripada itu,kami nak tengok sejauh mana kemelesetan ekonomi dunia memberi kesan kepada PC Fair ini, kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat aku upload buat tatapan pelawat-pelawat blog aku ni.

Dalam pemerhatian aku,kesedaran rakyat disini nampaknya sangat rendah,aku boleh jangkakan dalam 20% atau mungkin kurang lagi tahap kesedaran pengunjung PC Fair ini terhadap wabak maut yang menyerang negara kita. Kebanyakannya tidak memakai 'facemask' ataupun sapu tangan,namun pihak penganjur telah memberi sedikit cecair sebagai pencuci tangan secara percuma di pintu masuk.Kalau tengok dari segi kemelesetan ekonomi plak,nampaknya tidak langsung memberi kesan apa-apa,masih ramai pengunjung disini sampai kami nak berjalan pun berlaga bahu,memang cukup ramai seolah-olah dunia tidak mengalami sebarang kemelesetan ekonomi pun.
Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian pengunjung untuk membeli barangan mereka,memang aku tertarik pun,hehehe...
Keadaan didalam penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung untuk merebut peluang promosi murah sempena hari terakhir PC Fair kali ini.
Seorang pengunjung berehat selepas penat membeli-belah agaknya. Tepat jam 4pm kami pun beredar kerana azmean ada janji temu dgn kawan dia,aku plak turun kebawah nak cari mouse yang murah2 untuk laptop aku.


Dalam pemerhatian aku,kesedaran rakyat disini nampaknya sangat rendah,aku boleh jangkakan dalam 20% atau mungkin kurang lagi tahap kesedaran pengunjung PC Fair ini terhadap wabak maut yang menyerang negara kita. Kebanyakannya tidak memakai 'facemask' ataupun sapu tangan,namun pihak penganjur telah memberi sedikit cecair sebagai pencuci tangan secara percuma di pintu masuk.Kalau tengok dari segi kemelesetan ekonomi plak,nampaknya tidak langsung memberi kesan apa-apa,masih ramai pengunjung disini sampai kami nak berjalan pun berlaga bahu,memang cukup ramai seolah-olah dunia tidak mengalami sebarang kemelesetan ekonomi pun.
Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian pengunjung untuk membeli barangan mereka,memang aku tertarik pun,hehehe...
Keadaan didalam penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung untuk merebut peluang promosi murah sempena hari terakhir PC Fair kali ini.
Seorang pengunjung berehat selepas penat membeli-belah agaknya. Tepat jam 4pm kami pun beredar kerana azmean ada janji temu dgn kawan dia,aku plak turun kebawah nak cari mouse yang murah2 untuk laptop aku. Friday, August 28, 2009
Peragut Tumpas
Peragut bermotosikal cuba merampas beg sandang mangsa yang baru sahaja meletakkan kenderaannya berhadapan dengan Padang Pemuda Butterworth.
Mangsa cuba bertindak untuk mempertahankan diri bagi mengelak dari beg sandangnya dirampas oleh peragut itu.
Namun peragut bertindak lebih ganas dengan memukul mangsa sambil dibantu oleh rakannya.
Akibat dari tindakan ganas dua orang peragut tersebut mangsa rebah dengan mengalami kecederaan di kepala. Mangsa dibantu oleh seorang orang awam berbangsa cina yang kebetulan lalu di situ.
Dengan bantuan orang awan tersebut,skuad motosikal khas PDRM berjaya memburu dan menahan dua suspek sambil dibantu oleh unit peronda Polis. Kedua-dua suspek telah dibawa ke balai polis Butterworth untuk siasatan lanjut sementara mangsa ragut telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.Amacam,tragis tak kejadian ragut ni????hehehe...sebenarnya ini merupakan satu adegan lakonan oleh PDRM sempena majlis Pencegahan Jenayah.Majlis ini berlangsung di Padang Pemuda Butterworth. Aku bersama dengan lebih kurang 50 biji motosikal berkuasa besar berkonvoi dari seberang jaya hingga ke Padang Pemuda,konvoi ini juga turut disertai oleh kelab motosikal klasik dan TAVAC(Toyota Avanza Club). Bermacam aktiviti seperti demo peragut,skuad anjing K9,pameran-pameran dari Bomba,PDRM sendiri dan macam-macamlah termasuk la dari kelab bikers sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)