Monday, August 31, 2009

PC Fair at PISA

Pada PC fair yang baru-baru ni,aku ajak azmean untuk shoot. Seperti yang dijanjikan tepat 3.30pm kami berjumpa di pintu belakang PISA,aduh susah juga nak cari parking,nasibla azmean datang dengan moto,aku naik kereta memangla susah nak cari ruang.Tujuan kami adalah nak melihat sejauh mana kesedaran rakyat di negeri penang ini 'alert' dengan wabak influenza A atau H1N1 yang menular dengan rakus sehingga mengorbankan lebih dari 50 orang.Selain daripada itu,kami nak tengok sejauh mana kemelesetan ekonomi dunia memberi kesan kepada PC Fair ini, kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat aku upload buat tatapan pelawat-pelawat blog aku ni.

Dalam pemerhatian aku,kesedaran rakyat disini nampaknya sangat rendah,aku boleh jangkakan dalam 20% atau mungkin kurang lagi tahap kesedaran pengunjung PC Fair ini terhadap wabak maut yang menyerang negara kita. Kebanyakannya tidak memakai 'facemask' ataupun sapu tangan,namun pihak penganjur telah memberi sedikit cecair sebagai pencuci tangan secara percuma di pintu masuk.Kalau tengok dari segi kemelesetan ekonomi plak,nampaknya tidak langsung memberi kesan apa-apa,masih ramai pengunjung disini sampai kami nak berjalan pun berlaga bahu,memang cukup ramai seolah-olah dunia tidak mengalami sebarang kemelesetan ekonomi pun.
Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian pengunjung untuk membeli barangan mereka,memang aku tertarik pun,hehehe...
Keadaan didalam penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung untuk merebut peluang promosi murah sempena hari terakhir PC Fair kali ini.
Seorang pengunjung berehat selepas penat membeli-belah agaknya. Tepat jam 4pm kami pun beredar kerana azmean ada janji temu dgn kawan dia,aku plak turun kebawah nak cari mouse yang murah2 untuk laptop aku.

Friday, August 28, 2009

Peragut Tumpas

Peragut bermotosikal cuba merampas beg sandang mangsa yang baru sahaja meletakkan kenderaannya berhadapan dengan Padang Pemuda Butterworth.

Mangsa cuba bertindak untuk mempertahankan diri bagi mengelak dari beg sandangnya dirampas oleh peragut itu.


Namun peragut bertindak lebih ganas dengan memukul mangsa sambil dibantu oleh rakannya.


Akibat dari tindakan ganas dua orang peragut tersebut mangsa rebah dengan mengalami kecederaan di kepala. Mangsa dibantu oleh seorang orang awam berbangsa cina yang kebetulan lalu di situ.




Dengan bantuan orang awan tersebut,skuad motosikal khas PDRM berjaya memburu dan menahan dua suspek sambil dibantu oleh unit peronda Polis. Kedua-dua suspek telah dibawa ke balai polis Butterworth untuk siasatan lanjut sementara mangsa ragut telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.



Amacam,tragis tak kejadian ragut ni????hehehe...sebenarnya ini merupakan satu adegan lakonan oleh PDRM sempena majlis Pencegahan Jenayah.Majlis ini berlangsung di Padang Pemuda Butterworth. Aku bersama dengan lebih kurang 50 biji motosikal berkuasa besar berkonvoi dari seberang jaya hingga ke Padang Pemuda,konvoi ini juga turut disertai oleh kelab motosikal klasik dan TAVAC(Toyota Avanza Club). Bermacam aktiviti seperti demo peragut,skuad anjing K9,pameran-pameran dari Bomba,PDRM sendiri dan macam-macamlah termasuk la dari kelab bikers sendiri.


Sunday, July 19, 2009

Hibernate

aku akan update new entry dalam masa yang terdekat ini..banyak aktiviti yang aku buat dan aku akan update dalam blog ni sikit masa lagi...hehehehe....

Friday, May 8, 2009

Foging

Seorang petugas dari Pejabat Kesihatan Bayan Lepas melakukan 'foging' di flat Taman Sri Puteri Sg Ara.

'Foging' kerap dilakukan disekitar Pulau Pinang,lebih-lebih lagi di kawasan yang dikenalpasti terdapat kes-kes demam denggi. Kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi melancarkan tugas petugas-petugas 'foging' ini.

Thursday, April 23, 2009

Konvoi Mee Udang

Pada 19/4 yang lepas aku berkesempatan untuk bersama-sama dgn sebuah kelab motosikal berkuasa besar iaitu Penang K2 Bikerz berkonvoi ke Kuala Sepetang untuk pekena mee udang. 10 biji motosikal berkuasa 250cc-900cc menyertai konvoi sepetang pada kali ini.Bertolak dari R&R Juru jam 3.30pm dan tiba di destinasi pada jam 5.00pm.

Waa..sedapnya...sedap ker??harga sepinggan mee udang biasa RM7,kalau special RM13. Udangnya memang segar-segar belaka.Selak udang baru nampak mee,ada mee disebalik udang...
Salah sebuah motosikal peserta konvoi mengalami sedikit masalah,bateri kong..so kenalah tolak baru bleh hidup. Ini merupakan perkara yang biasa ketika berkonvoi,maklumlah moto sekali sekala baru nak naik.


Hai...tengok apa tu???Dari kanan Remy,Jan &Zul..
Abang Jan kita berposing diatas moto Kawasaki ER6 yang baru 2 minggu,bau kedai lagi ni...