Thursday, April 23, 2009

Konvoi Mee Udang

Pada 19/4 yang lepas aku berkesempatan untuk bersama-sama dgn sebuah kelab motosikal berkuasa besar iaitu Penang K2 Bikerz berkonvoi ke Kuala Sepetang untuk pekena mee udang. 10 biji motosikal berkuasa 250cc-900cc menyertai konvoi sepetang pada kali ini.Bertolak dari R&R Juru jam 3.30pm dan tiba di destinasi pada jam 5.00pm.

Waa..sedapnya...sedap ker??harga sepinggan mee udang biasa RM7,kalau special RM13. Udangnya memang segar-segar belaka.Selak udang baru nampak mee,ada mee disebalik udang...
Salah sebuah motosikal peserta konvoi mengalami sedikit masalah,bateri kong..so kenalah tolak baru bleh hidup. Ini merupakan perkara yang biasa ketika berkonvoi,maklumlah moto sekali sekala baru nak naik.


Hai...tengok apa tu???Dari kanan Remy,Jan &Zul..
Abang Jan kita berposing diatas moto Kawasaki ER6 yang baru 2 minggu,bau kedai lagi ni...

No comments:

Post a Comment