Tuesday, March 24, 2009

Suraya+Hafizi

Venue: Relau Sg.Bakap
Date: 15 Mac 2009
Job: Shah FIP
Official Photog: Fahmi





Disebabkan hujan turun dengan lebatnya di pertengahan majlis,jadi sessi outdoor fotoshoot terpaksa dibatalkan,jadi banyak fotoshoot dilakukan di dalam rumah sahaja. Gambar family pun gagal juga nak buat kerana kesibukan ahli keluarga pihak pengantin dan keadan cuaca yg tidak mengizinkan. Apapun terima kasih kpd pasangan romantis ni yg sporting dan juga kepada brader Ali(pakcik kpd pengantin lelaki) yg boleh dikatakan otai la dm photography ni,dia guna Nikon F5,filem beb...banyak gak ilmu dpt dikongsi bersama ngan abg ali ni. Family pngantin pun baik2 belaka,layanan yg sempoi walaupun diriku hanya seorang jurugambar. Selamat pengantin baru,semoga kekal sampai akhir hayat.

Thursday, March 19, 2009

Siti Hasma+Firdaus

Venue: Kubang Ulu, Penang
Date: 14 Mac 2009
Job: Sham ViP
OP: Sham ViP Backup: Fahmi
Job kali ni berdekatan dengan Mengkuang Dam,pengantin perempuan adalah cikgu MRSM Beseri Perlis. Pasangan ni sporting dan sempoi walau agak kaku untuk berposing,biasalah tu,waktu ni lah peranan photog untuk memberi arahan yang mudah difahami pasangan kerana mereka ni bukannya model.



Outdoor kali ini kami pilih di Mengkuang Dam kerana berdekatan dengan rumah pengantin. Terdapat lebih kurang 4 pasang pengantin baru di lokasi yg sama. Biasalah,tempat ni memang popular utk sessi outdoor photoshoot untuk pengantin baru.




Thanks to family pihak pengantin kerana layanan yg baik kpd kami. Kali ni utk sessi outdoor,aku berpeluang menggunakan lens Nikon 70-300mm VR kepunyaan Sham,pehhh...memang menangkap la.Selamat pengantin baru kepada pasangan ini,semoga kekal sampai bila2 hendaknya.

Tuesday, March 3, 2009

Shida+Nizam

Venue: Bandar Manjalara,Segambut
Date: 21/2/2009
Job: Ajib
Official photog: Fahmi & Azad







Thanks yang tak terhingga kepada keluarga Shida kerana melayan kami seolah2 kami ni sebahagian daripada saudara mereka,siap boleh baring2 depan tv lagi,pehhh memang sporting la couple ni.Selamat pengantin baru,semoga kekal hingga akhir hayat.

Thursday, February 19, 2009

Permata Hatiku

Inilah gambar terbaru anak aku di hari ulangbulan kelahirannya,hari ni 19/2/09 genap umurnya 5 bulan. Bayangkan,2 bulan pertama Mifdal membesar di ICU dan wad hospital Penang dan Kangar tetapi sekarang,Alhamdulillah syukur diatas kurniaan Illahi. Kini Mifdal mampu tersenyum...Terima kasih pada staf2 nurse wad ICU dan Wad Neonatal hospital bersalin P.Pinang dan juga hospital Kangar.Terima kasih juga pada isteri tercinta,pada keluarga yang banyak membantu dan memberi semangat.Semoga Mifdal terus membesar dan membesar seperti kanak2 yang lain dan bila besar nanti dia dapat membantu orang lain plak.




Sunday, February 15, 2009

Nuha+Fuad

Venue: Sg. Udang Melaka
Date: 25/1/09
Job: Pesona Andaman Mar
Official Photog: Fahmi & Azzad
Wedding Planner: Ajib Makeup: Kak Mar

Ini adalah opening job untuk tahun baru ni 2009,job ni adalah job Ajib seorang wedding planner, menyediakan pelbagai perkhidmatan bermula dr solekan, pakaian pengantin,bilik pengantin,pelamin, DJ, persembahan violin & taian zapin dan macam2 lg lah yg berkaitan dgn majlis kawen ni.Ini adalah satu pengalaman yg baru buat kami untuk menyaksikan budaya org Melaka plak. Majlis pernikahan diadakan di sebuah masjid yang berdekatan dengan sekolah anak-anak yatim dimana majlis perkahwinan diadakan. Dekat masjid ni lah tempat aku dan azad mandi.

Majlis perkahwinan & bersanding diadakan di sebuah sekolah anak2 yatim di sini,kerana bapa pengantin perempuan adalah pengetua di sekolah tersebut.
Majlis diserikan dengan persembahan tarian zapin yg dibawa khas dr Johor.
Untuk sesi outdoor,kami memilih untuk mengadakan disekitar sek tersebut sahaja. Venuenya di sebuah rumah lama Melaka& sebuah kolam air tawar terlerak di belakang sekolah tersebut.

Diantara adik-adik penari zapin yang dibawa oleh Ajib dari Johor.


Terima kasih kepada Ajib kerana memberi peluang kpd kami mengenali budaya org Melaka ni & terima kasih juga kepada kedua mempelai serta keluarganya yg memberi layanan yg terbaik punya kepada kami,walaupun penat naik bas dr Perlis ke Melaka,sampai jer belum sempat mandi & sarapan terus kena start keja,tapi kami rasa sangat puas. Kami juga dapat kenalan baru,bro Anuar,juga seorang freelance,Kak Mar(jurusolek) dan husbandnya yg shempoi iaitu brader 'robocop', harap kita dpt bekerjasama lg di lain masa.