Thursday, February 19, 2009

Permata Hatiku

Inilah gambar terbaru anak aku di hari ulangbulan kelahirannya,hari ni 19/2/09 genap umurnya 5 bulan. Bayangkan,2 bulan pertama Mifdal membesar di ICU dan wad hospital Penang dan Kangar tetapi sekarang,Alhamdulillah syukur diatas kurniaan Illahi. Kini Mifdal mampu tersenyum...Terima kasih pada staf2 nurse wad ICU dan Wad Neonatal hospital bersalin P.Pinang dan juga hospital Kangar.Terima kasih juga pada isteri tercinta,pada keluarga yang banyak membantu dan memberi semangat.Semoga Mifdal terus membesar dan membesar seperti kanak2 yang lain dan bila besar nanti dia dapat membantu orang lain plak.




Sunday, February 15, 2009

Nuha+Fuad

Venue: Sg. Udang Melaka
Date: 25/1/09
Job: Pesona Andaman Mar
Official Photog: Fahmi & Azzad
Wedding Planner: Ajib Makeup: Kak Mar

Ini adalah opening job untuk tahun baru ni 2009,job ni adalah job Ajib seorang wedding planner, menyediakan pelbagai perkhidmatan bermula dr solekan, pakaian pengantin,bilik pengantin,pelamin, DJ, persembahan violin & taian zapin dan macam2 lg lah yg berkaitan dgn majlis kawen ni.Ini adalah satu pengalaman yg baru buat kami untuk menyaksikan budaya org Melaka plak. Majlis pernikahan diadakan di sebuah masjid yang berdekatan dengan sekolah anak-anak yatim dimana majlis perkahwinan diadakan. Dekat masjid ni lah tempat aku dan azad mandi.

Majlis perkahwinan & bersanding diadakan di sebuah sekolah anak2 yatim di sini,kerana bapa pengantin perempuan adalah pengetua di sekolah tersebut.
Majlis diserikan dengan persembahan tarian zapin yg dibawa khas dr Johor.
Untuk sesi outdoor,kami memilih untuk mengadakan disekitar sek tersebut sahaja. Venuenya di sebuah rumah lama Melaka& sebuah kolam air tawar terlerak di belakang sekolah tersebut.

Diantara adik-adik penari zapin yang dibawa oleh Ajib dari Johor.


Terima kasih kepada Ajib kerana memberi peluang kpd kami mengenali budaya org Melaka ni & terima kasih juga kepada kedua mempelai serta keluarganya yg memberi layanan yg terbaik punya kepada kami,walaupun penat naik bas dr Perlis ke Melaka,sampai jer belum sempat mandi & sarapan terus kena start keja,tapi kami rasa sangat puas. Kami juga dapat kenalan baru,bro Anuar,juga seorang freelance,Kak Mar(jurusolek) dan husbandnya yg shempoi iaitu brader 'robocop', harap kita dpt bekerjasama lg di lain masa.

Tuesday, February 10, 2009

Poster TPM dilempar cat

Pada 10/2/09 aku dalam perjalanan ke Tanjung Malim atas urusan peribadi,mengikuti PLUS dari Juru,setibanya di R&R Bukit Gantang,perhatianku tertarik kepada poster yg terpampang pada 'flyover' di depanku dimana poster Kementerian Pelancongan telah dibaling cat merah tetapi hanya pada wajah TPM.Mungkin ini refleks kepada keadaan politik yang tegang sekarang ini.Namun poster ini telah ditanggalkan.

Monday, February 9, 2009

Azli+Ekin

Venue: Cherok Tok Kun
Date: 28/12/08
Job: ViP
OP: Fahmi Backup:Azzad &Azmean
Ini adalah job penutup untuk tahun 2008,so aku mengajak Azzad(senior photog),Azmean(Expert photog) dan Zaly untuk join aku.Tp zaly terpaksa pulang lebih awal kerana ada hal peribadi.Pasangan pengantin ini cukup happening & comel,mudah untuk bekerja dengan mereka,sikap periang pasangan ini membuatkan kami tak kering gusi sepanjang sessi fotografi.Layanan yg diberikan cukup istimewa buat kami semua,terima kasih bnyk2.Semoga jodoh berkekalan&dimurahkan rezeki.Selamat Pengantin Baru dari Versatile Images Photography(ViP).







Friday, February 6, 2009

Tunjuk Perasaan di Perak


sumber foto:Malaysiakini

sumber foto:bazuki muhammad/Reuters
Seorang penunjuk perasaan dari Pakatan Rakyat berbaring diatas jalan bagi menghalang kereta-kereta kenamaan menuju ke Istana Kinta untuk majlis angkat sumpah MB baru Perak.Polis telah melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ribuan penunjuk-penunjuk perasaan yang berhimpun selepas solat Jumaat.Apa yang dikesalkan adalah,Polis FRU bertindak melepaskan gas pemedih mata ke dalam kawasan masjid dimana penyokong Pakatan Rakyat berhimpun. sumber:Malaysiakini