Monday, February 2, 2009

Ulil+Azimah Part1

Venue:Penang
Makeup&Baju pengantin:Butik Jalinan Kasih Sg Ara
Job:fotoSufi(ViP Group)
Official Photographer:fahmi











Gambar terakhir ini secara tidak disengajakan di'shoot' berlatar belakangkan sebuah gereja,aku langsung tak perasan,cuma disedari selepas gambar ni di print,itupun setelah diberitahu oleh Shah Indah Pandang.Setelah diberitahu kepada pihak pengantin,mereka pun tak kisah.Diharapkan ianya tidak menjadi satu isu yang besar.Thanks to Shah yang prihatin dan menegur kesilapan yang mungkin besar pada mata org2 tertentu dan mungkin bukan satu isu yang besar pada mata org lain.Apapun ianya adalah sekadar gambar yg tidak membawa sebarang maksud lain.
Terima kasih kpd keluarga Azimah diatas layanan yg diberikan.
Fahmi Photographer
019 523 4175
017 554 5910

Sunday, February 1, 2009

Mynt+Effa

Venue:Wangsa Maju
Date: 14/12/08
Job: Versatile Images Photography(ViP)
Official Photographer: Sham,Azmean,Gali,Zaly&Fahmi
Satu pengalaman yang agak menarik semasa menyempurnakan job ini.Buat pertama kalinya aku shoot dari atas moto Apprillia Pegasso650 milik Gali sambil rombongan pengantin diescort oleh 3 biji motosikal polis trafik dari Hotel Legend ke dewan dalam sebuah kem tentera di Wangsa Maju.Pengalaman ngeri jugak aku lalui apabila hujan yang sangat lebat turun ketika aku dok asyik shoot,baju hujan pun tak pakai,kamera pun sama gak,aku lebih risau kamera aku lagi. Tapi alhamdulillah,takdak apa2 yang berlaku sumanya selamat.
Pengantin lelaki bekerja di Petronas sebagai jurutera. Majlis ini dilangsungkan juga bersama2 dengan adiknya,jadi ada 2 pasang mempelailah pada hari tersebut.Majlis tamat lebih kurang jam 5pm dan aku,sham&azmean pulang ke Penang pada malam itu juga dengan bas.




FahmiPhotographer/019 523 4175/017 554 5910

Kasih Tok Nek

Gambar ni dirakamkan di rumah parents aku di Baling Kedah,ini toknek(mak kpd ayah aku) bersama dengan anak aku Mifdal @MMS. Inilah gambar anak aku selepas 3bln dia berperang dengan segala macam dugaan yang menimpanya.Kini Mifdal semakin sihat dan membesar seperti anak-anak yang lain.Syukur Alhamdulillah pada Illahi diatas segala yang dikurniakan pada kami sekeluarga,semoga ianya dapat menguatkan kasih sayang antara kami semua.

Rumah Baruku


Assalamualaikum sahabat2ku
Atas dasar saudara seagama,berpaksikan kepada kemanusiaan sejagat,aku turut tersentuh dengan apa yang menimpa saudaraku disana walaupun aku tak mengenali siapa mereka,asal usul mereka tetapi cubit paha kiri paha kanan turut terasa. Semoga kemenangan akan berpihak kepada umat Muhammad,Ya Allah selamatkanlah Palestin,Amin...