Sebuah kereta terbakar di atas Jambatan P.Pinang tengahari ini menyebabkan kesesakan sepanjang jambatan. Sepasukan Bomba & Penyelamat dari balai Prai bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.
Tinjauan ke beberapa stesen minyak di sekitar Sg Ara dan Bayan Baru pada jam 11pm mendapati stesen2 tersebut agak lengang berbanding dengan kenaikan minyak yg mendadak ketika era pemerintahan Pak Lah.
Sebuah kereta Perodua Kenari remuk pada bumbungnya ditimpa pokok akibat dari angin yang kencang.Pokok yang tumbang tersebut telah menghalang laluan utama berhadapan Taman Sri Puteri Sg Ara Bayan Lepas Penang semalam. Sepasukan 6 anggota Bomba & Penyelemat dari balai Bayan Baru datang untuk mengalihkan pokok yg tumbang tersebut.