Pada 19/4 yang lepas aku berkesempatan untuk bersama-sama dgn sebuah kelab motosikal berkuasa besar iaitu Penang K2 Bikerz berkonvoi ke Kuala Sepetang untuk pekena mee udang. 10 biji motosikal berkuasa 250cc-900cc menyertai konvoi sepetang pada kali ini.Bertolak dari R&R Juru jam 3.30pm dan tiba di destinasi pada jam 5.00pm.
Waa..sedapnya...sedap ker??harga sepinggan mee udang biasa RM7,kalau special RM13. Udangnya memang segar-segar belaka.Selak udang baru nampak mee,ada mee disebalik udang...